Tak perlu keluar KWSP kalau lebih dana disalur kepada rakyat bukannya kepada JASA

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Putrajaya supaya mengutamakan rakyat, terutama golongan pekerja, sekali gus meminta peruntukan tidak perlu dan “projek khas” dikeluarkan daripada Belanjawan 2021.

Beliau merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan, RM1 bilion untuk “projek khas” di bawah Jabatan Perdana Menteri dan RM13.61 bilion di bawah Kementerian Kewangan untuk “pelbagai suntikan modal” dalam belanjawan tersebut dengan berkata, jumlah dana sebanyak RM14 bilion itu sangat membantu golongan yang paling memerlukan.

Santiago berkata, dengan menyalurkan dana tersebut kepada rakyat, orang ramai tidak perlu mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan simpanan persaraan mereka.

Baca Artikel Penuh