Tahap oksigen Siti Sarah dilapor semakin naik

Oleh MHDAILY

Penyanyi Siti Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun sejak semalam.

Susulan itu Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang, semalam.

Suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.

Baca Artikel Penuh