Sungai Kim Kim : Hanya pencemaran biasa daripada kilang, tidak berbahaya kepada penduduk – Menteri

Oleh MHDAILY

Tompokan hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini, dikenal pasti sebagai sisa bahan buangan tidak berbahaya, yang dilepaskan menerusi pelbagai aktiviti kilang berhampiran.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia sekali gus menolak laporan berita sebuah akhbar tempatan semalam yang melaporkan kemungkinan tompokan hitam itu adalah daripada pembuangan sisa kimia.

“Sebenarnya yang berlaku itu bukanlah pencemaran sisa toksik, jadi laporan (berita) itu sebenarnya tidak begitu tepat, dan dari sampel yang kita sudah ambil, didapati sebenarnya ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, (bukan) seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019,” katanya.

Baca Artikel Penuh