Stok minyak masak bersubsidi kurang, pengguna terpaksa beli pek botol yang mahal

Oleh MHDAILY

Pengguna merungut berikutan kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram selain kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi.

Tinjauan di beberapa pasar raya, pasar mini, dan kedai runcit sekitar Kota Bharu mendapati harga minyak masak botol lima kilogram naik sehingga RM7 sebotol berbanding harga sebelum ini iaitu antara RM25 hingga RM33 bergantung kepada jenama.

Pada masa sama, tinjauan di kedai runcit pula mendapati kebanyakan peniaga mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak paket sejak lebih sebulan lalu menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli minyak masak botol walaupun harganya agak mahal.

Baca Artikel Penuh