Setelah tular video mahu ‘Umno lawan Pas di Terengganu’, Asyraf tampil beri penjelasan

Oleh MHDAILY

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kesal apabila sebahagian video ucapannya dalam program tertutup bersama jentera dan kepimpinan Pemuda UMNO Terengganu disalahertikan.

Menurutnya, video ucapan yang disunting sebahagiannya sahaja memberi gambaran seolah olah hubungan UMNO dan Pas makin terlerai menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Harus difahami konteks dan latar keseluruhan ucapan saya dalam program tertutup tersebut tatkala menerangkan akan keperluan jentera Pemuda UMNO untuk bersiap-siaga berhadapan dengan PRU15 iaitu ‘kalau ditakdirkan UMNO terpaksa masuk ke gelanggang sebagai Barisan Nasional (BN) melawan Pas’,” katanya di laman Facebooknya pada Ahad.

Baca Artikel Penuh