Setelah adik ‘FOODPANDA’ dijumpai, Kamarul pertikai mengapa tak guna nama sebenar pula

Oleh MHDAILY

Tawaran RM2000 yang dibuat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, seperti yang diiklankan di Facebook beliau tamat apabila maklumat tentang ‘Adik Mohamad’ berjaya diperolehi.

Menurut Dr Kamarul, ‘Adik Mohamad’ bukanlah seorang pekerja dengan gaji RM500 sebulan seperti didakwa Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven, Sim Chee Keong, di laman sosial beliau yang tular baru-baru ini.

“Kita dapati beliau (‘Adik Mohamad’) bukanlah bekerja tetapi dia hanyalah pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Bukit Mertajam.

Baca Artikel Penuh