Ketua Eksekutif Moderna Inc Stephane Bancel menjangka wabak virus korona berakhir dalam tempoh setahun dalam pada peningkatan penghasilan vaksin akan bekalan mencukupi untuk seluruh dunia.
Bercakap kepada akhbar Switzerland Neue Zuercher Zeitung, beliau berkata: “Berdasarkan perluasan kapasiti penghasilan dalam industri ini sejak enam bulan lalu, dos mencukupi sepatutnya dapat dihasilkan menjelang pertengahan tahun depan supaya setiap insan di dunia mampu divaksinasi. Suntikan penggalak juga mampu diberikan mengikut keperluan.”
Malah, katanya, vaksin juga boleh diberikan kepada bayi.
Vaksinasi juga boleh diberikan kepada bayi kelak, kata Ketua Eksekutif Moderna Inc Stephane Bancel. (Gambar AP)
“Mereka yang tidak divaksin akan menjadi imun secara semula jadi kerana varian Delta begitu mudah berjangkit. Jadi kita akan menghadapi keadaan sama seperti flu. Anda boleh memilih divaksin dan melalui musim sejuk dengan sihat, atau memilih sebaliknya dan berisiko dijangkiti seterusnya mungkin dimasukkan ke hospital.”
Disoal sama ada ini bererti keadaan akan pulih seperti sediakala mulai pertengahan kedua tahun hadapan, beliau menjawab: “Dalam masa setahun dari hari ini, saya andaikan (ya).”
Bancel berkata beliau menjangkakan kerajaan di seluruh negara meluluskan suntikan penggalak bagi mereka yang telahpun divaksin kerana pesakit yang disuntik pada musim luruh lalu sudah pasti memerlukannya.
Suntikan penggalak hanya separuh daripada dos asal, bererti lebih banyak boleh diberikan.
“Jumlah bekalan vaksin adalah pengekang utama. Memandangkan hanya separuh dos diperlukan, kita akan mempunyai 3 bilion dos boleh diberikan di seluruh dunia untuk tahun akan datang berbanding hanya 2 bilion,” katanya.
Komposisi suntikan penggalak masih sama seperti dos asal kerana Moderna tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengubahnya.
“Buat masa ini kami menguji varian dioptimumkan dengan Delta dalam ujian klinikal. Ini akan menjadi asas vaksin penggalak bagi 2022. Kami juga menguji Delta plus Beta, mutasi yang dipercayai saintis bakal berlaku.”
Katanya, harga vaksin tidak akan berubah.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/09/23/wabak-dijangka-berakhir-dalam-setahun-kata-moderna/