Setahun bisnes canopy tak boleh jalan, brader ni pasang 40 canopy miliknya buat reban ayam

Ramai orang tanya kenapa saya pasang canopy kahwin dalam kebun. Siap ada polis datang ingat saya ada buat kerja kahwin.

Saya jawab “Saya pasang canopy sebab nak bela ayam”. Berkerut abam polis tu.

“Saya nak buat reban ayam bang. Sebelum ni canopy ni saya buat bisnes catering. Sejak tahun lepas bisnes catering tak jalan. Saya ada 40 set. Saya buat reban ayam le bang.”

Buat permulaan saya bela untuk 5000 ekor. Lepas tu abam polis tu banyak tanya. Dia pun berminat dengan idea saya. Tengok nanti bila dah siap. Korang boleh je datang. –OH!

COMMENTS

Wordpress (0)