TOK GURU, SIAPA SEBENARNYA YANG PERLU LETAK JAWATAN?
Pandangan Hadi yang mendakwa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moralnya boleh meletakkan jawatan adalah bodoh sombong. Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/574072
Saya tidak faham. Kita sudah masuk abad ke-21, tetapi cara Hadi berfikir adalah sangat jumud.
Dalam seribu satu kelemahan kerajaan PN hari ini, Hadi sepatutnya lebih merendah diri. Bukan bersikap angkuh mahu mengugut rakyat yang mengkritik.
Bagi saya, bukan penjawat awam yang perlu letak jawatan sekarang ini. Tetapi para Menteri dan Timbalan Menteri yang dilihat tidak berfungsi yang perlu letak jawatan.
Kita ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak ketahuan hala peranan mereka. Sewaktu rakyat bergelut mencari rezeki dalam fasa pandemik ini, ada menteri yang tak tahu nak buat apa, akhirnya sibuk ke New Zealand untuk hal peribadi.
Ada yang tak kisah dengan SOP sedangkan rakyat terikat ketat dengan pelbagai garis panduan, peraturan serta denda dan hukuman. Dan banyak lagi. Mereka inilah sebenarnya yang perlu letak jawatan.
Oh ya… Begitu juga jawatan-jawatan lain contohnya duta khas bertaraf menteri yang dilihat seperti ‘makan gaji buta’. Mereka juga lebih dahulu perlu letak jawatan.
Mereka-mereka ini hanyalah menghabiskan wang rakyat, sedangkan kerjanya tidak kelihatan sejauh mana.
Sumber :