Selepas PAS ugut tetap bersama PN, MT Umno keluh MN dibina dengan air mata

Oleh MHDAILY

Hubungan dan kerjasama Muafakat Nasional (MN) perlu terus diperkukuhkan kerana ia dibina dengan linangan air mata dan mengambil tempoh sehingga berpuluh tahun, kata Ahli Majlis KerjaTertinggi UMNO, Datuk Seri Sr Md Alwi Che Ahmad.

Menurutnya, seharusnya semua pemimpin lebih bersikap terbuka untuk menjaga hubungan tersebut walaupun memahami keterujaan Pas yang baharu kali pertama berada dalam kerajaan.

“Saya faham Pas mahu pertahankan untuk duduk dalam kerajaan sebab ini kali pertama mereka masuk pilihan raya sebagai kerajaan, bukan pembangkang. Mereka juga tahu seksanya melawan kerajaan.

Baca Artikel Penuh