Sehari 126,000 bakal disuntik vaksin bermula 26 Feb

Oleh MHDAILY

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan seramai 126,000 rakyat di negara ini akan disuntik vaksin Covid-19 dalam tempoh sehari menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 bermula 26 Februari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi memastikan jangkaan tersebut dapat dicapai sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara sudah ditetapkan dengan tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan di setiap lokaliti atau kawasan.

“Setiap vaksinator itu akan menyuntik vaksin Covid-19 dengan maksimum penerima seramai 30 individu setiap hari. ini bermakna bagi setiap lokaliti atau kawasan yang mempunyai tujuh vaksinator akan merekodkan jumlah penerima vaksin seramai 210 individu.

Baca Artikel Penuh