Sah !!! Umno kini berpecah kepada 3 pihak

Oleh MHDAILY

Perpecahan dalam Umno kepada tiga “puak” semakin jelas dan tidak lagi dapat dinafikan, kata penganalisis politik.

Ini susulan pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa beliau sendiri berusaha mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak yakin dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, malah memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein untuk menjadi jurucakap jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, tiga kumpulan yang berpecah itu membabitkan kluster mahkamah, puak penyokong Hishammuddin bersama 16 Ahli Parlimen dan kelompok yang menyokong penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li.

Baca Artikel Penuh