‘Rumah KSN pun kena banjir kilat’

Oleh MHDAILY

‘Rumah KSN pun kena banjir kilat’. Hujan lebat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan di sini termasuk kawasan kediaman Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengalami banjir kilat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, dalam kejadian jam 4.22 petang, lokasi terjejas termasuk Persiaran Seri Perdana, kejiranan di Presint 10 serta Klinik Kesihatan Presint 9 dan sekitar Presint 11A.

Mohd Afizi berkata, bagaimanapun banjir kilat itu surut sepenuhnya sekitar jam 5 petang selepas laluan air longkang dibersihkan.

Baca Artikel Penuh