Ruhainies kongsi video terima sejambak bunga ros merah tatkala masih panas isu khalwat

Seakan tidak ada apa berlaku, pelakon yang didakwa ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Ruhainies tetap aktif di laman Instastory seperti biasa.

Malah, adik kepada pelakon Nur Risteena itu juga memuat naik video memperlihatkan dia menerima jambangan bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad.

“Kadang-kadang perkara tidak jelas serta-merta. Disitulah anda perlu bersabar, tabah dan melihat ke mana arahnya.

Ruhainies kongsi video terima sejambak bunga ros merah tatkala masih panas isu khalwat

Sabar,” tulis Ruhainies secara ringkas.

Rata-rata netizen tetap menyerang Ruhainies selain menganggap kes aktres itu dengan suami kepada rakannya, Bella Astillah seperti ‘marketing’ yang sudah dirancang.

Baca Artikel Penuh