Ramai luah rasa kecewa PKP terus disambung

Oleh MHDAILY

Rakyat meluahkan rasa kecewa susulan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter juga mendapati perkataan ‘Monday or Tuesday’ turut menjadi sohor kini berikutan kenyataan Muhyiddin yang menjangkakan pengumuman bantuan akan diumumkan pada Isnin atau Selasa nanti.

Seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama @khafif_ berkata, penyambungan PKP ini membebankan rakyat terutama sekali bagi yang bergantung dengan gaji harian.

Baca Artikel Penuh