PM Muhyiddin hari ini buat Perutusan live berkaitan situasi terkini Darurat dan Covid-19. Hari ini juga Muhyiddin melawat Indonesia.
Muhyiddin tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta jam 4:55 petang waktu Indonesia barat (5:55 petang waktu KL). Penerbangan dari KL ke Jakarta itu secara purata mengambil masa 2 jam, 10 minit. Makanya, dia berlepas sebelum jam 3:45 petang waktu KL.
Perutusan live Muhyiddin disiarkan TV bermula jam 3:30 petang di KL. Ucapannya telah mengambil masa 36 minit 10 saat. Ia berakhir pada jam 4:06 petang.
Bagaimana Perutusan live berakhir 4:06 petang, kemudian berlepas menaiki pesawat 3:45 petang? Hairan bin ajaib.
Aku yakin itu bukan siaran langsung, tapi cuma rakaman. Oleh itu, penonton dibohongi. Namun, tidak menjadi isu kerana rakyat terbanyak tak ambil peduli pun Perutusan live PM Muhyiddin.
Apapun Perutusan live PM Muhyiddin itu adalah Perutusan siaran langsungnya bagi kali yang ke-39 dalam tempoh tak sampai setahun. Pecah lagi rekod dunia yang telah diciptanya sendiri pada 31 Januari 2021. –FB