Puad Zarkashi buat laporan polis terhadap Raja Petra

Oleh MHDAILY

Pada hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin berkenaan dengan satu artikel yang bertajuk “AMC In Chaos, Puad Chickens Out And Backs Down” yang telah diterbitkan dalam Malaysia Today pada 04 Mac 2021. Saya telah membuat laporan polis terhadap beliau kerana beliau telah melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar terhadap saya bersandarkan kepada surat-surat peguam dan emel Mahkamah yang tidak patut berada di dalam milikannya.

Dalam hal ini, tujuan laporan polis tersebut adalah berkenaan dengan surat daripada peguamcara saya dan peguamcara Tan Sri Muhyiddin Md Yassin serta emel daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang merupakan dokumen-dokumen yang dikongsi secara sulit dan peribadi. Adalah agak mustahil bagi dokumen-dokumen tersebut diperolehi oleh Raja Petra Kamarudin kerana ianya tidak boleh diakses di laman awam (public domain).

Selain itu, tindakan saman oleh Tan Sri Muhyiddin Md Yassin terhadap saya adalah suatu tindakan yang diambil secara peribadi oleh beliau dan tidak melibatkan kepentingan awam ataupun institusi kerajaan.

Baca Artikel Penuh