PRK Slim bukti Mahathir gagal tarik undi melayu – AMK

Oleh MHDAILY

Jika Dr Mahathir Mohamad mendakwa boleh menarik orang Melayu menyokong pembangkang, maka kenapa undi Melayu tidak menyokong calon pilihan bekas perdana menteri itu di kerusi majoriti Melayu, DUN Slim?

Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman mengajukan persoalan ini dalam gesaannya supaya Pakatan Harapan “tidak boleh terperangkap dalam idea gabungan besar pembangkang sedangkan Mahathir tidak bersedia untuk memberikan kerjasama.”

“Kegagalan beliau untuk mempengaruhi undi Melayu pada pilihan raya kecil Slim memberi isyarat bahawa beliau sudah ditolak rakyat kerana komposisi kerusi tersebut diwakili oleh 75 peratus Melayu,” katanya pada satu kenyataan.

Baca Artikel Penuh