Polis gempur Geng 18 Dato’ Suresh dan Geng 21 Sunder, 22 ahli diberkas

Oleh MHDAILY

Seramai 22 lelaki disyaki terlibat dengan dua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai ‘Geng 18 Dato’ Suresh’ dan ‘Geng 21 Sunder’ ditahan dalam Op Cantas Sinecura pada Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 35 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Puchong, Serdang, Kapar dan Klang.

“Kita berjaya memberkas 12 orang termasuk ketua dan ahli Geng 18 Dato’ Suresh dan 10 orang termasuk ketua dan ahli Geng 21 Sunder,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Baca Artikel Penuh