PM perlu pertimbang lantik Tun M sebagai pengerusi MPN – Khairuddin

Oleh MHDAILY

PM perlu pertimbang lantik Tun M sebagai pengerusi MPN .YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mempamerkan sikap berjiwa besar dan inklusif bagi menawarkan ruang kepada pihak pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 (JKMC).

Ini satu petanda yang amat baik kepada keseluruhan rakyat Malaysia sekiranya kerajaan baharu benar-benar ikhlas untuk melibatkan kepimpinan pembangkang ke arah sama-sama berganding bahu sebagai keluarga Malaysia bagi menyelesaikan isu pandemik COVID-19, membangunkan semula ekonomi negara, menstabilkan landskap politik, penstrukturan semula sistem pendidikan serta menyelesaikan segala permasalahan rakyat jelata masa kini.

Kita berdoa agar Perdana Menteri Malaysia yang baharu dapat mempertimbangkan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengikut ‘blueprint’ yang sedang disusun atur demi kebaikan bangsa dan negara.

Baca Artikel Penuh