PM minta setiap menteri bukti pencapaian dalam 100 hari

Ismail Sabri

PM minta setiap menteri bukti pencapaian dalam 100 hari. Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau akan memastikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta
mencapai sasaran ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya.

PM

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan komited dan lebih proaktif.

“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/kabinet-perlu-bukti-pencapaian-dalam-tempoh-100-hari/

BACA: 779 guru tolak vaksin bakal menghadap TMJ hari ini