PKR mahu tanding separuh daripada jumlah kerusi Dun di Johor

PKR mahu tanding separuh daripada jumlah kerusi Dun di Johor.PKR Johor bercadang untuk bertanding di 28 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata pihaknya sudah mengenal pasti kawasan DUN yang berpotensi dimenanginya termasuk DUN Kempas, Larkin dan Permas Jaya.

“PKR Johor menyasarkan kerusi yang bersifat campuran berdasarkan pola penduduk berbilang kaum seperti di Kempas, Larkin dan Permas Jaya.

“Selain itu, kerusi DUN lain yang sedang kita rancang untuk bertanding pada PRU-15 di Johor, dinilai berdasarkan pola sama dan kemampuan kita memenanginya.

“Namun, soal pengagihan kerusi ini masih terbuka, belum sampai peringkat kita putuskan mana-mana parti, tetapi kita lihat PKR ada potensi dan kelebihan sebagai parti pelbagai kaum,” katanya selepas Program Jelajah Peduli di Pusat Perdagangan Danga Utama di sini, hari ini.

PKR

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, PKR akan berunding dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) Johor berhubung pembahagian kerusi supaya tidak menimbulkan sebarang pertikaian atau ketidakpuasan hati.

“Untuk memastikan kemenangan PH Johor, ia perlu dilihat secara menyeluruh. Jika kerusi itu tradisinya adalah kerusi campuran, ia perlu diberi kepada parti yang boleh mewakili pelbagai kaum, supaya potensi untuk menang lebih besar.

“Dalam situasi pertandingan tiga atau empat penjuru, situasi berkenaan adalah peluang terbaik untuk PKR terutamanya,” katanya.

Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, PKR Johor sudah menggerakkan jentera sebagai persediaan menghadapi PRU-15, sejak dua tahun lalu.

“Jentera PKR sudah 80 peratus bersedia menghadapi PRU-15. Ini kerana kita tidak dapat menjangkakan bila PRU-15 akan diadakan dan perlu sentiasa bersedia,” katanya

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/871849/pkr-mahu-bertanding-28-kerusi-di-johor

BACA: Panas !!! Krisis politik di Melaka, akhirnya Norhizam buka mulut dedah apa yang berlaku