Perlu ada penjelasan batal ordinan secara backdated

Oleh MHDAILY

Kerajaan perlu membuat penjelasan segera mengenai pengumaman pembatalan Ordinan Darurat lebih awal dan cadangan untuk tidak melanjutkan Proklamasi Darurat bagi mengelak kekeliruan yang menjejaskan bukan saja sistem perundangan negara, tapi juga rakyat.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebarang keputusan pembatalan juga seharusnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan mesti diwartakan.

“Pembatalan ini mesti mendapat perkenan Agong dan digazet. Namun, ini tidak dijelaskan kedua-duanya sama ada pembatalan darurat boleh dibuat secara ‘backdated’ (oleh Kabinet) sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas 21 Julai boleh dipersoalkan atau terbatal,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Baca Artikel Penuh