Peniaga perli pembeli cerewet, “kalau rasa mahal masak sendiri”

Oleh MHDAILY

Laksa basi dan bihun sup mahal antara pengalaman dikongsikan pengguna yang membeli juadah di bazar Ramadan seperti dikongsikan di media sosial pada Rabu.

Menerusi laman Facebook Penduduk Batu Caves/ Selayang/ Gombak/ Rawang / Kepong/ Sentul memaparkan perkongsian seorang pengguna berkenaan pengalamannya membeli bihun sup yang dianggap mahal apabila isi bihun yang diletakkan hanya sedikit, tidak sampai separuh bekas.

“Kawasan Selayang, (harga) RM6… tahun ini nak pergi Makkah balik hari ke,” tulis pengguna berkenaan berserta gambar makanan yang dibelinya.

Baca Artikel Penuh