Peniaga kedai makan kena kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa

Oleh MHDAILY

Seorang peniaga kedai makan di Tanah Putih di sini dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tindakan ke atas peniaga berusia 54 tahun itu dibuat dalam Ops Covid-19 kira-kira jam 12.15 tengah malam, Ahad lalu.

Menurutnya, dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Pasukan Pemantau Bravo Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bersama anggota Majlis Daerah Pekan (MDP) telah membuat pemantauan di kedai makan berkenaan.

Baca Artikel Penuh