Peniaga kecil dan IKS terkesan kerana SOP PKP 2.0

Oleh MHDAILY

Aku di Ipoh ni tidak lah sangat merasai kesan Ekonomi, Nampaknya Ekonomi dan kenderaan masih bergerak biarpun perlahan..Tetapi bagaimana nasib negeri dikenakan PKP ? Sudah pasti kesannya membarah terutama melibatkan peniaga kecil seperti peniaga pasar malam.. kita boleh rasa kesan yang diterima dari keluhan mereka..
Bayangkan peniaga burger dan nasi lemak diwaktu malam mereka tidak mewujudkan kluster Covid-19 tetapi mereka dipaksa tutup, Manakala sektor industri , Kilang dan tapak pembinaan yang mencetuskan kluster besar dibenarkan..
cuba lihat fakta hari ini,sebahagian besar kluster baru dari tempat kerja terutama kilang dan tapak pembinaan..Andai sektor Perkilangan dikenakan syarat beroperasi , Sepatutnya mizan atau timbangan yang sama diguna pakai kepada peniaga kecil..
Seperti aku sebut sebelum ini, waktu operasi kedai makan bukan faktor jangkitan..tidak ada beza tutup jam 8 dengan jam 12.. setidaknya beri kebenaran untuk tujuan penghantaran dan pembungkusan.. apa logik peniaga burger yang duduk sorang2 tepi jalan boleh cetuskan kluster berbanding pasaraya ? ia contoh mudah..
Begitu juga tempat makan, tak salah dibenarkan satu meja dibenarkan 2 orang untuk tempoh 15 minit.. yang datang dari kenderaan dan keluarga yang sama ..begitu juga kapasiti kenderaan, ia bukan faktor jangkitan.. kena faham, Maksud Kontak rapat mereka yang duduk dalam jarak kurang 3 meter dalam tempoh yg lama seperti tempat kerja dan Kilang,itu sebabnya jangkitan besar disana..
dalam satu lagi kaedah fiqh..
الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا
“Darurat dihitung sesuai kadarnya.”
Maksudnya tindakan jangan berlebihan, perlu lebih berhikmah..Kawalan jangan sampai ianya nanti bukan akan memberikan kesan yang lebih buruk, Lebih buruk lagi ia membawa kesan teruk kepada ekonomi…
Atas faktor perubatan, KKM perlu bertindak mengikut dapatan fakta dan Sains.. Itu yang sering aku dengar ketika Menteri Kesihatan waktu itu Dr Dzulkifli dan pengerusi Nadma Dr Wan Azizah yang setiap kali sidang media sering menekankan dapatan dan fakta..mereka tidak mahu rakyat panik.. Sebab setiap dari tindakan ada Illah(sebab) dia..
الحكم يدور مع العلة المأثورة وجودا وعدما..
“kewujudan hukum itu berkisar pada keberadaan “‘illat” yakni sebabnya.. “
Jadi hari ini pada kita sudah jelas bagaimana, Sebab jangkitan itu melonjak dan bagaimana ianya boleh berlaku.. antara faktor besar jangkitan hari ini disebabkan tempat sesak seperti Depot dan Penjara…Asrama pekerja dan Kilang2.. bukan sebab peniaga burger, kedai mamak atau pasar malam.. depa bukan faktor jangkitan..
Dan yang jelas faktor besar nya kegagal KKM , MKN dan Kerajaan sendiri menguatkuasa kan SOP.. jelas berlaku dalam hal kebenaran rentas negeri dan Daerah termasuk selepas PRN Sabah.. jangan salah dan mangsakan rakyat..
Hari ini dah tak sama dengan PKP pertama, Tak perlu takut berlebihan..masa PKP pertama KKM masih tercari cari sebab dan punca pandemik berlaku..hari ini semua dapatan perubatan, KKM dah maklum..malah dah ada vaksin pun.. kadar pemulihan dan sembuh tinggi..
Hari ini juga sudah ada kaedah dan SOP yg jelas seperti Mysejahtera.. pemakaian Facemask.. dan juga pembayaran tanpa Tunai seperti E-wallet.. jadi perkasakan SOP ini bukan menutup perniagaan dan mamangsakan rakyat..
Sepatutnya Pemimpin PH harus lebih progresif mencernakan idea dan pandangan berbeza dalam mendepani pandemik.. jangan jadi pak turut Kerajaan hatta KKM.. Masa inilah Pemimpin PH perlu kedepan mempertahankan Rakyat Marhaen, peniaga kecil.. jangan berkisar soal kuasa semata mata…
Jangan sampai Najib sekali lagi berlakon mengolah persetujuan rakyat atas kesusahan depa.. Sepatutnya peranan itu dimainkan pemimpin PH… kalau semua nak jadi pak turut..sampai dalam parlimen pun nak kena turut.. baik tak payah jadi wakil Rakyat..jadi wakil kayangan..
FB
[/expander_maker]