Penerbit tak mengaku salah edar dan pamer poster filem ‘Babi’

Penerbit

Penerbit tak mengaku salah edar dan pamer poster filem ‘Babi’. Penerbit filem kontroversi berjudul Babi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar filem dan mempamerkan poster filem itu tanpa lesen sah.

Tertuduh, Toh Han Boon, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti mengedar filem berjudul Babi dan mempamerkan poster filem itu tanpa lesen sah daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

Kejadian itu didakwa berlaku pada jam 6 petang di No 18, Jalan PJU 7/8b, Mutiara Damansara, di sini, 18 November tahun lalu.

Penerbit

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penerbit filem kontroversi berjudul Babi dihadapkan ke Mahkamah di sini, hari ini, atas tuduhan mempamerkan poster filem itu tanpa lesen sah.

Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah menetapkan jaminan RM8,000, pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis sehingga kes selesai.

Peguam, Haijan Omar yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah syarat dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya dengan alasan ia tidak munasabah dengan kesalahan dilakukan anak guamnya tidak didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

“Saya memohon jaminan yang rendah kerana anak guam hanya berpendapatan RM1,500 sebulan selain hampir tiada pendapatan sejak pandemik Covid-19 selain tiada syarat tambahan yang dikenakan mahkamah,” katanya.

Muhammad Iskandar kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 14 Oktober depan untuk serahan dokumen.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733096/tak-mengaku-salah-edar-dan-pamer-poster-filem

jika Terlepas: Prosiding perolehan vaksin : Khairy, Zafrul perlu beri penjelasan