Pemuda Umno gesa sidang parlimen segera kutuk kekejaman Israel

Oleh MHDAILY

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan untuk segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membuat usul tergempar mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan dan kejam tentera pengganas Israel terhadap rakyat Palestin.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umum mengetahui bahawa punca ketegangan di timur Baitulmaqdis sekarang adalah rentetan tindakan pertubuhan penempatan Israel yang bertujuan mengubah kawasan kejiranan Palestin menjadi kawasan kejiranan Yahudi sehingga mengundang bantahan rakyat Palestin.

“Tindak balas Israel yang menggunakan kekerasan dan keganasan terhadap himpunan awam rakyat Palestin bukan sahaja tidak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa malah jelas melanggar Resolusi 2334 Dewan Keamanan PBB berkenaan larangan membangunkan pemukiman baharu Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Baca Artikel Penuh