Pemimpin Bersatu minta rakyat sokong Pelan Pemulihan Negara yang diumum Muhyiddin

Oleh MHDAILY

Semua pihak digesa menyokong Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia merupakan strategi kerajaan sebagai ‘jalan keluar’ daripada pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dalam keadaan kes Covid-19 yang masih tinggi, pelan seperti ini adalah penting bagi mengembalikan keseimbangan kepada rakyat supaya dapat menjalani kehidupan kembali seperti biasa.

“Kesusahan yang dihadapi hanya boleh diselesaikan dengan cara mengembalikan negara kepada kehidupan harian biasa, dan itu memerlukan keseimbangan antara kesihatan dan kelangsungan ekonomi. Pelan ini menjadi peta bagaimana kita akan menjaga keseimbangan itu untuk segera keluar daripada krisis yang sedang dihadapi.

Baca Artikel Penuh