Pemandu teksi pening nak ikut SOP yang mana satu

Oleh MHDAILY

Para pemandu teksi membangkitkan persoalan dan terkeliru dengan prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (total lockdown) berhubung jumlah kapasiti penumpang kenderaan awam.

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamaruddin Hussain menjelaskan, mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) teksi hanya dibenarkan membawa dua penumpang termasuk pemandu.

Katanya, berbeza pula dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dalam sidang akhbar yang memaklumkan mereka dibenarkan membawa tiga penumpang iaitu seorang pemandu teksi dan dua pelanggan.

Baca Artikel Penuh