Pejabat Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan majlis perkahwinan Neelofa kepada polis

Oleh MHDAILY

Polis akan melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia selepas pihaknya menerima arahan bagi melengkapkan beberapa perkara dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.

“Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil, kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

Baca Artikel Penuh