Peguam hartanah terkemuka Salkukhairi Abd Sukor meninggal dunia

Peguam hartanah terkemuka Salkukhairi Abd Sukor meninggal dunia.

PERGINYA SEORANG LAGENDA

Pagi ini saya menerima berita duka atas kematian Arwah Salkukhairi Abd Sukor. Berita yang mengejutkan. Arwah tiba-tiba jatuh selepas subuh tadi, dibawakan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Tiada berita tentang sakitnya Arwah sebelum ini.

Arwah adalah pembantu saya selaku Timbalan Pengerusi K-Literasi. Sementara Setiausaha K-Literasi Tuan Nazruddin masih lagi berjuang menentang covid-19 di Hospital Ampang (doakan kesembuhan buat Tuan Mohd Nazruddin).

Arwah Salkukhairi Abd Sukor adalah antara mentor saya dalam bidang penulisan. Arwah banyak mendorong saya untuk terus menulis. Arwahlah yang mula-mula menjemput saya untuk naik pentas dan berkongsi di khalayak tentang sedikit ilmu pewarisan yang saya ketahui. Ini berlaku pada tahun 2017 yang lalu. Selepas itu saya terus berkongsi sehingga sekarang.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Arwah. Semoga Allah SWT merahmati Arwah dan menempatkan Arwah di kalangan hamba-Nya yang soleh.

Gambar di bawah adalah antara karya-karya Arwah. Saya telah hentikan penjualan ebook Arwah (kecuali setelah dibuat perbincangan dengan waris Arwah selepas ini).

Bagi saya, Arwah adalah seorang lagenda, meninggalkan legasi yang tidak boleh dinilai melalui wang ringgit. Ilmu yang ditinggalkan Insya-Allah menjadi pahala yang berterusan kepada Arwah.

Berehatlah wahai sahabatku dunia akhirat. Allah lebih menyayangi mu.

Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara mengucapkan takziah kepada rakan kami, Tuan Salkukhairi Abd Sukor yang juga merupakan Pengerusi KANUN Pahang telah pun pergi menemui Penciptanya, Allah SWT pada awal pagi hari ini 11/07/2021.

Kali terakhir kami bermesyuarat dengan beliau pada hari Jumaat dua hari lepas berkaitan isu undang-undang pilihan raya.

Sehubungan dengan itu pihak KANUN telah setuju untuk melancarkan kutipan derma/sumbangan. Sumbangan ini akan diuruskan oleh Bendahari KANUN & akan diserahkan kepada isteri arwah secepat mungkin.

Segala sumbangan boleh di masukkan ke akaun amanah KANUN iaitu firma undang-undang Tetuan Asri Musa & CO, seperti berikut:-

Nama akaun: Asri Musa & Co.
Bank: Hong Leong Islamic Bank
No. Akaun: 31101001787

Sila catatkan di ruangan rujukan untuk tujuan audit: Untuk Arwah Salku atau seumpamanya

Salam takziah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan mengampuni dosa dosanya terdahulu. Sesungguhnya jasa beliau dalam menyebarkan ilmu perundangan khasnya berkaitan hartanah adalah amat besar dan insyallah menjadi jariah kepadanya di alam baqa’.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Tular pelajar cuba bunuh diri kerana PdPR?, Ini penjelasan bapa