Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan ’10 MP sokong Muhyiddin’ adalah palsu

Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan 10 MP sokong Muhyiddin adalah palsu

Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan ’10 MP sokong Muhyiddin’ adalah palsu. Seorang pegawai komunikasi kepada Hishammuddin Hussein berkata kenyataan media tular mendakwa Ahli Parlimen Sembrong itu dan sembilan wakil rakyat lain menyokong Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri adalah palsu.

Wakil rakyat yang disenaraikan dalam kenyataan palsu itu Hishammuddin, dan Ahli Parlimen Kuala Pilah (Adnan Abu Hassan), Jelebu (Jalaluddin Alias), Jempol (Shamshulkahar Deli), Simpang Renggam (Hasni Mohammad), Tenggara (Manndzri Nasib), Lipis (Abdul Rahman Mohamad), Paya Besar (Shahar Abdullah), Tampin (Isam Isa), dan Titiwangsa (Johari Ghani).

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno, mengumumkan sebarang akuan berkanun yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat gabungan itu sebelum ini adalah tidak sah.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media berkata gabungan itu telah menyerahkan lebih daripada 112 akuan berkanun menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menjadi perdana menteri, kepada Agong.

Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan '10 MP sokong Muhyiddin' adalah palsu

BACA:

Istana lanjut masa sehingga 2PM esok untuk hantar nama

Anwar PM, Tok Mat dan Shafie TPM – sumber

“Nak pecat saya? Silakan!”

CATEGORIES