“Nak pecat saya? Silakan!”

“Nak pecat saya? Silakan!”

“Nak pecat saya? Silakan!”. Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu turut menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian ‘No DAP, No Anwar’.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.

"Nak pecat saya? Silakan!"

Desas-desus mengenai kerjasama di antara PH yang memenangi 82 kerusi bersama BN (30 kerusi) semakin bertiup kencang susulan perjumpaan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan tersebut di Hotel Seri Pacific, di ibu negara.

Bagaimanapun, Astro AWANI sebelum ini melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan bahawa beliau telah memperoleh sokongan ahli parlimen secara individu untuk membentuk kerajaan.

BACA:

Anwar PM, Tok Mat dan Shafie TPM – sumber

Ucapan “tahniah DSAI” sudah berlegar selepas Zahid ‘smash’ PN, ini pula respon Anwar

Dakwa dah sombong bila terkenal, ini respon Ryan Bakery

CATEGORIES