Panas !!! Wanita ini dedah perangai sebenar Ebit Lew

Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam dua bulan.

Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!

Sampai kes orang sakit hati, ugut ke, tu perkara biasa.

Sampai dia kata, kadang Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.

Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha Illallah tu tak pernah mati.

Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dah tekanan banyak sangat. Macam nak tinggal semua.

Pada saya, daripada susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah.

Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di office selama empat tahun tiap-tiap hari tanpa gagal:

Rajin sangat-sangat usaha
Qailulah
Cara tidur ikut sunnah nabi
Selalu belanja kami
Senyum setiap hari
Menangis bila berdoa
Dhuha enam rakaat dan lebih
Solat berjemaah di masjid dan dah bersiap awal ke masjid tanpa gagal
Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal
Amalan memberi hadiah buat isteri
Berbuat baik dengan mak ayah, adik-beradik dan mak ayah isteri (mertua)
Keluar dakwah
Amalan doa khusus

Nampak macam biasa-biasa. Kita pun tahu amalan tu. Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.

Dan amalan ni dia buat sungguh-sungguh. Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada.

Oh ya, lupa satu doa dia, tiap kali jumpa siapa pun,

“Ya Allah berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya,”

Sama ada orang itu orang soleh atau kelihatan sebaliknya. –SK