Tular screenshot “Agong terima peletakan jawatan saya”.“Agong terima peletakan jawatan saya, Allahuakhbar.”
Demikian mesej ringkas yang diterima Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Hizwan Ahmad yang dikatakan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hizwan berkata demikian dalam Facebook beliau hari ini dengan memuat naik kiriman mesej tersebut.
Terdahulu, Perdana Menteri meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
sementara itu Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.
“16 Ogos 2021. Ya Allah, lindungilah Malaysia,” tulisnya ringkas.
Kenyataan itu adalah maklum balas dari kiriman WhatsApp yang diterima tertulis ‘Agong terima perletakan jawatan saya. Allahuakbar’
Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/agong-terima-peletakan-jawatan-saya/