Panas !!! ‘Total lockdown’ lagi? Ini dijangka bakal berlaku…

Menurut European Chamber of Commerce and Industry (Eurocharm), kerajaan telah memberi arahan untuk menutup ekonomi atau dalam erti kata lain, PKP penuh (Lockdown) selepas 4 Februari jika bilangan kes Covid-19 masih tidak turun. Ini adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) percaya bahawa sektor pembuatan menjadi punca utama penularan jangkitan.

Apa Akan Berlaku Jika Ekonomi Ditutup?

Ada sebahagian daripada kita yang bersetuju jika PKP penuh dilakukan. Memang tidak dapat dinafikan bilangan kes Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Namun, harus difikirkan juga kesan PKP penuh ini kepada ekonomi.

Menurut Centre for Market Education (CME), penutupan ekonomi ini akan membawa Malaysia kepada kejatuhan ekonomi.

Dalam suatu kenyataan, daripada segi saintifik, PKP penuh bukanlah satu langkah yang berkesan untuk menangani virus. Seharusnya, analisis data yang lebih baik dan komunikasi yang baik supaya orang ramai boleh menilai keadaan semasa dan risiko yang akan dihadapi adalah cara yang lebih berkesan.

Daripada perspektif ekonomi, keputusan untuk menutup ekonomi secara menyeluruh termasuklah sektor pembuatan adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman bagaimana sistem ekonomi berfungsi. Sistem ekonomi tidak boleh dipecah-pecahkan mengikut sektor.

Sistem ekonomi adalah satu jaringan yang bercantum antara satu sama lain, yang dihubungkan oleh interaksi antara manusia. Sebagai contoh, sebuah penternakan ayam jika dibenarkan untuk beroperasi, tetapi sektor pembuatan dan pengangkutan tidak dibenarkan untuk beroperasi, ini bermakna ayam yang diternak tidak boleh disembelih, dibungkus dan dibawa ke pasar untuk dijual.

Hanya salah faham tentang ekonomi akan membawa kepada bayangan sektor ekonomi dipecah-pecahkan dan beroperasi secara sendiri.

CME juga menyatakan bahawa setiap pekerjaan adalah penting. Semua pekerja hendak hidup dan mencari rezeki.

Malaysia seharusnya belajar untuk hidup dengan kewujudan virus tersebut, dan cuba untuk fokus kepada langkah pencegahan dan rawatan yang efektif untuk mengurangkan virus tersebut.

Strategi penutupan ekonomi ini bukan sahaja akan memberi kesan panik kepada rakyat Malaysia, tetapi juga kepada para pelabur. Negara kita akan berada di kedudukan bawah untuk pelaburan asing (FDI) berbanding negara-negara jiran.

CME berkata, jika penutupan ekonomi dilakukan, lebih ramai rakyat Malaysia yang akan mengalami kemiskinan. Jumlah orang yang meninggal dunia akibat kemiskinan juga dijangka lebih tinggi berbanding jumlah orang yang meninggal akibat Covid-19.

Kesimpulannya, seharusnya SOP yang lebih baik dan berkesan perlu dikuatkuasakan. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk mencegah dan menyembuhkan virus serta merangka strategi jangka panjang untuk melawan virus Covid19. –EDGE