SD sokong Anwar : MP Umno dakwa sudah tandatangan

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang sebelum ini menyokong penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan mengakui beliau telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, SD berkenaan adalah yang kedua ditandatanganinya selepas yang pertama kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Ia sebagai sokongan kepadanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Interim jika Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan kerajaan interim.

Baca Artikel Penuh