Panas !!! Mahkamah benarkan Rosliza Ibrahim bebas amal ajaran agama bukan Islam

Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebulat suara hari ini membenarkan perisytiharan seorang wanita, dia bebas mengamalkan ajaran agama bukan Islam.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang membenarkan perisytiharan itu yang dirayu Rosliza Ibrahim berkata, pemohon adalah anak yang tidak sah taraf dan undang-undang syariah tidak terpakai padanya.

Namun, hakim itu berbahagi pendapat mengenai apakah undang-undang Islam dapat dikuatkuasakan ke atas Rosliza.

Keputusan majoriti dipegang oleh Tengku Maimun, Rohana Yusuf, Nallini Pathmanathan, Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof, Mary Lim Thiam Suan dan Rhodzariah Bujang.

Azahar Mohamed dan Hasnah Mohammed Hashim mengambil pendirian mahkamah sivil perlu mendapatkan pendapat daripada jawatankuasa fatwa yang berkenaan mengenai keabsahannya dalam undang-undang Islam.

Berdasarkan fakta, semua hakim berpendapat itu adalah kes di mana Rosliza tidak pernah murtad.

Kesan daripada keputusan hari ini, seseorang boleh ke mahkamah sivil untuk menentukan sama ada dia seorang Muslim atau tidak sejak dilahirkan.

Namun, jika itu adalah kes membabitkan orang Islam yang mahu meninggalkan agamanya, individu terbabit perlu ke mahkamah syariah.

Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah responden dalam saman dikemukakan Rosliza, manakala kerajaan persekutuan sebagai rakan mahkamah untuk membantu hakim.

Rosliza, yang dilahirkan bersama bapa Muslim tetapi dibesarkan sebagai penganut Buddha oleh ibunya yang beragama Buddha, mengambil keputusan undang-undang Islam Selangor tidak terpakai untuknya dan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Katanya, dia difahamkan dilahirkan sebagai beragama Islam, berdasarkan fahaman perkahwinan yang sah antara ibu bapanya dan fahaman mengatakan mendiang ibunya memeluk Islam.

Rosliza berkata, dia ke pejabat agama di 10 negeri lain dan mendapatkan pengesahan bahawa ibu bapanya tidak mempunyai rekod mengenai status Islam ibunya atau perkahwinan mengikut ajaran Islam itu berlaku.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak samannya pada April 2017 dengan alasan bukti dikemukakan tidak mencukupi dan penyelesaiannya adalah mahkamah syariah.

Peguam Gopal Sri Ram, Aston Paiva dan Yasmeen Soh mewakili Rosliza. Penasihat undang-undang negeri Salim Soib, peguam kanan persekutuan Siti Fatimah Talib dan pegawai undang-undang negeri Muhammad Haziq Hashim mewakili kerajaan Selangor.

Peguam Abdul Rahim Sinwan, Zainul Rijal Abu Bakar dan Azman Marsaleh mewakili MAIS sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan K Kogilambigai mewakili Putrajaya.

Peguam Mansoor Saat mewakili Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sementara peguam Philip Koh Tong Ngee mengadakan taklimat tontonan untuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.

Peguam Low Wei Loke mewakili Majlis Peguam. –FMT