Ismail Sabri dapat surat ‘letak jawatan’ dari Umno.
Surat yang dihantar UMNO kepada semua ahli Parlimennya bagi menyatakan pendirian peletakan jawatan dan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah bertentangan dengan perundangan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, surat berkenaan dihantar oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan memberikan tempoh jawapan dalam 48 jam.
Ismail Sabri.
“Kita akan melihat perkara ini dan akan membuat keputusan sama ada ingin menjawab atau tidak surat tersebut, kita akan bincang semula.
“Pada masa sama, arahan daripada presiden melibatkan kami sebagai ahli Parlimen, maka kami mendesak presiden supaya berjumpa dengan setiap ahli Parlimen bagi memperjelaskan tujuan dan hasrat beliau.
“Kita merasakan tidak boleh keluar arahan tiba-tiba tanpa berjumpa dan memperjelaskan kepada kami,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154077/BERITA/Politik/Tempoh-48-jam-jawab-surat-letak-jawatan-bertentangan-perundangan