Panas !!! Bos Karangkraf dedah ‘ugutan’ tamat kontrak jika bagi laporan orang tertentu

Oleh MHDAILY

Ketua Kumpulan Karangkraf Hussamuddin Yaacob meluahkan rasa bengang terhadap pegawai sebuah kementerian yang didakwanya melakukan ugutan bagi menghalang kebebasan media.

Katanya, pegawai berkenaan mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika media memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka.

“Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada si polan dan si polan. Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” katanya menerusi Twitter.

Baca Artikel Penuh