Panas !!! Adakah ini punca sebenar kenapa Sudan rampas aset Petronas?

Oleh MHDAILY

Adakah ini punca sebenar kenapa Sudan rampas aset Petronas.KITA dikejutkan hari ini dengan tindakan melampau Sudan yang keluarkan waran tangkap kepada pengurus Petronas di Sudan, beberapa hari selepas merampas aset Petronas di sana. Kenapa Sudan bertindak begini? Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Malaysia dan Petronas yang mengubah mereka daripada negara miskin dibuli kepada negara pengeluar minyak sejak 20 tahun lalu? Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Petronas memberi biasiswa mendidik rakyat mereka membangunkan industri petroleum mereka? Sudah lupakah mereka dengan jasa Malaysia membantu mereka di saat kuasa-kuasa besar dunia mengenakan sekatan antarabangsa kepada mereka?

Jawapannya kerana politik dan geopolitik: kerajaan Sudan hari ini bukan lagi kerajaan Sudan yang dulu, di mana Presiden Omar al-Bashir yang berkuasa ketika Malaysia menghulur tangan bantuan kepada Sudan lebih 20 tahun lalu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa pada April 2019.

Kerajaan Sudan hari ini juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat di bawah Presiden Trump sebelum ini. Gelap mata dengan janji-janji pelaburan Barat itu, kerajaan Sudan yang baru ini telah bertindak kurang bijak dengan merampas aset-aset milik Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki kononnya dengan alasan aset-aset tersebut diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran Omar al-Bashir dulu.

Baca Artikel Penuh