Nuha dapat ijazah kelas pertama, siap belanja nyanyi atas pentas konvokesyen lagi

Oleh MHDAILY

Nuha dapat ijazah kelas pertama, siap belanja nyanyi atas pentas konvokesyen lagi. KEGEMBIRAAN berganda buat penyanyi Nuha Bahrin apabila berpeluang membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU) selain turut menerima skrol ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran pada Isnin.

Tidak hanya mendapat sambutan baik daripada rakan-rakan pada majlis tersebut, Nuha, 22, juga berbesar hati apabila rakan duetnya, Naufal Azrin turut bersetuju membuat penampilan bersamanya di atas pentas menyanyikan lagu popular mereka, Casablanca.

“Memanglah saya gembira sangat. Selama ini saya selalu dijemput untuk menyanyi di majlis konvokesyen dan kali ini dapat buat persembahan di hari yang amat bersejarah buat saya.

Baca Artikel Penuh