Noraniza Idris ukir sejarah baru dalam Malaysia Book Record

Oleh MHDAILY

Noraniza Idris ukir sejarah baru dalam Malaysia Book Record. PENYANYI yang popular dengan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

Berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, acara itu disertai oleh 565 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.

Semua peserta menarikan tarian asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama durasi tujuh minit.

Baca Artikel Penuh