Netizen terkejut Sharifah Zarina bagi alasan ini bila anaknya selamba peluk Mat Salleh

Oleh MHDAILY

Netizen terkejut Sharifah Zarina bagi alasan ini bila anaknya selamba peluk Mat Salleh. Baru-baru ini personaliti media sosial yang juga anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina, Athalia Deena Baswani mencuri perhatian warganet apabila aksinya memeluk seorang lelaki ‘mat salih’ tular selepas dia memuat naik video berkenaan menerusi akaun Instagram dan TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, Athalia berjalan sambil memintal-mintal rambutnya sebelum berpelukan dengan seorang remaja lelaki yang juga merupakan personaliti media sosial yang berasal dari England, Elliot James Reay.

Bagaimanapun, perkongsian Athalia itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet apabila ada yang tampil mempertikaikan tindakan itu.

Baca Artikel Penuh