Nenek 2 cucu antara ditangkap kerana sertai parti liar di KL

Oleh MHDAILY

Remaja sekolah dan nenek kepada dua cucu antara 17 individu ditahan pada parti liar menyambut hari lahir seorang wanita di sebuah residensi mewah di Jalan Sultan Ismail di sini, jam 11.55 malam semalam.

Serbuan dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur hasil maklumat awam serta risikan dan kesemua yang ditahan membabitkan lapan lelaki serta sembilan wanita berusia 13 hingga 54 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, pemeriksaan turut menemui pil Ekstasi seberat 10.73 gram (gm) bernilai RM464 dan ketamin seberat 2.88gm bernilai RM400.

Baca Artikel Penuh