Mungkinkah 10 Muharram ini jadi titik mula baru bagi Malaysia.Hari Kemenangan dan Kejayaan! Kejayaan dan Pengorbanan se akan dalam nafas yang sama!
Tiada Kejayaan tanpa Pengorbanan! Buah dari Pengorbanan adalah Kejayaan!
Musa a.s mendapat Pembebasan pada 10 Muharram – Hari Asyura. Seperti Hadis :
Ibnu Abbas r.a. melaporkan : “Nabi s.a.w mendatangi Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa ‘Asyura.
Baginda bersabda: ‘Apa ini?’
Mereka berkata: ‘Ini hari yang baik. Allah menyelamatkan Musa dan Bani Israil pada hari ini dari musuh mereka, maka Musa berpuasa padanya’.
Lalu Rasulullah saw bersabda: ‘Saya lebih berhak berpuasa mengikuti Musa daripada kalian’.
Maka baginda berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa ‘Asyura. (Muttafaq ‘Alaih).
Muharram – dikenal juga sebagai Muharram-ul-Haram – mempunyai akar kata yang sama dengan Masjidil Haram atau Al Baitikal Muharram, seperti pada ayat 37 Surah Ibrahim.
Antara lain membawa makna Terhormat.
Timbangan untuk aktiviti dan perbuatan di bulannya atau di tempat itu menjadi lebih berat, kerana ia bulan atau rumah Yang Terhormat. Sama ada imbalan baik atau buruk.
Muharram juga adalah Satu. Iaitu bulan pertama dari hitungan 12 bulan dan pertama dari empat Bulan Haram.
Sesuatu dikira bermula dari Satu. Mode untuk Re Set juga bermula dengan satu atau pertama.
Di dalam Bulan Pertama Penuh Kehormatan ini pula, terdapat Hari Sepuluh – yang juga disebut Asyura – yang bermakna Sepuluh. Kita sedang mendekati Hari Sepuluh/ ‘Asyura ini beberapa hari lagi.
Mungkinkah 10 Muharram tahun ini menjadi titik mula Malaysia pulih semula dari ‘kecederaan’ yang dialaminya? Re Set.
Menjadikan Malaysia kekal diberkati. Dengan Izin Allah berjaya mengatasi wabak melanda kini dengan membawa maut dan kesengsaraan yang besar.
Lalu Pemimpin membimbing tiap rakyatnya di bandar dan desa kembali pulih untuk menjalani kehidupan membahagiakan sebagai insan. Adanya pendapatan. Peluang pekerjaan. Keperluan hidup terpenuhi.
Pendidikan anak-anak tidak terabai. Kedamaian menggantikan keriuhan.
Pemimpin sebagai role model dan teladan pengorbanan dan dedikasi.
Membetulkan pengurusan negara, menegakkan semula keluhuran undang-undang, memacu ekonomi, menyatu padukan rakyat, meredakan politik perut dengan mengutamakan politik ‘aqal.
Tidak kurang juga, mengembalikan maruah Negara di pentas antarabangsa.
Jika itu benar-benar berlaku, alangkah AgungNya Pengaturan Allah!
Muharram dengan segala peristiwa agung yang telah ditentukan Allah berlaku pada bulan ini. Dan Hari Asyura yang penuh erti disisiNya.
Daulat Tuanku! DYMM Yang Di-Pertuan Agung dan Raja-Raja.
Husam Musa
Sumber: