Diharap Muhyiddin terbuka dan tidak tangguh untuk meletak jawatan. Wisel penamat sudah ditiup banyak kali. Tiada lagi masa tambahan.
Terus menyepak, bermakna mengheret negara ke arah porak peranda. Ia akan menyulitkan pemulihan.
Apa yang mereka tidak jangka ialah terdapat 11 ahli Parlimen UMNO menghantar durat kepada YDP Agong dan Speaker menarik sokongan kepada Perdana Menteri.
Ia menjadi noktah yang mematikan langkah PM, Nazri Aziz dan Shahidan. Ia hitam putih. Ia membatalkan sokongan mereka sebelumnya. Tidak timbul soal silat pulut lagi.
Sebab itu Mesyuarat MKT berlangsung dalam suasana yang tenang, tidak tegang dan berakhir dengan konsensus. Zahidi sendiri tidak membantah.
Apabila Dato Dr Shamsul Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri ia adalah signal jawatan tidak boleh membeli ahli UMNO yang mengutamakan perjuangan parti.
Kenapa itu berlaku? Kerana mereka hanya ada dua pilihan. Memihak kepada YDP Agong atau memihak kepada Perdana Menteri yang dilihat menderhaka kepada Raja.
Zahid mengemukakan 6 alasan kukuh yang membuktikan Muhyiddin menyanggah dan ingkar titah YDP Agong. Maka MP UMNO mesti buat pilihan.
Ternyata Muhyiddin melakukan kesilapan besar. Dia mengheret UMNO berlawan dengan Raja. Ia bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Fasal 3.3.
Kalau masih ada yang berdegil untuk sokong Perdana Menteri, itu bermakna mereka cari nahas. Tetapi itu hak mereka. Jumlah mereka semakin mengecil.
Kita tidak tahu apa tujuan Shahidan, Nazri Aziz dan Zahidi berjumpa di Hotel Seri Pacific KL. Pokoknya jumlah mereka makin mengecil jika merancang Seri Pacific Move?
Ada yang mengatakan gempa bumi sudah berlaku. Kesan gempa bumi adalah besar. Banyak yang musnah dan ranap. Ia ambil masa yang lama untuk pulih.
Maka adilkah, jika Muhyiddin berlengah. Apakah dia mahu gempa bumi susulan yang lebih dasyat berlaku?
Tengku Abdul Rahman, Hussien On, Pak Lah dan Mahathir pernah letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dua darinya babitkan Muhyiddin. Kini giliran kamu.
Sumber :