Muhyiddin bakal jadi Najib 2.0

Muhyiddin bakal jadi Najib 2.0

Ketika ini sedang bertebaran di media sosial satu klip video kunjungan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ke bazar ramadan di Precint 3, Putrajaya semalam yang di dalamnya kedengaran suara peniaga menjerit marah dan tidak puas hati terhadapnya.

Dengan suara yang tidak begitu jelas dan terputus-putus itu, antara jeritan yang kedengaran ialah:-

“Tak malu ke? Hari-hari kami kerja, hari-hari kami turun..!”

“Hujan panas kami turun.. tak payahlah Tan Sri (tak jelas).”

“Tan Sri jalan pergi! Tan Sri jalan pergi…!”

Sesungguhnya tidak pernah mana-mana Perdana Menteri diperlakukan sebegini rupa sebelum ini.

Baik Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau Najib Razak, meskipun masing-masing tidak terkecuali ada membuatkan rakyat marah dan tidak puas hati, tetapi tidaklah sampai mereka diperlakulan sebegini.

Hanya Mahiaddin yang menerima layanan buruk seperti ini dalam kunjungan seorang Perdana Menteri ke mana-mana bazar ramadan selama ini.

Bayangkan, jika esok lusa beliau turun lagi ke bazar ramadan yang lain, tidak mustahil, berinspirasi daripada kejadian di Precint 3 itu, kejadian yang sama akan berulang lagi.

Mana Perdana Menteri nak letak muka?

Selain itu, jika diperhatikan dalam video tersebut juga memperlihatkan kehadiran Mahiaddin tidak begitu dipedulikan oleh pengunjung bazan ramadan itu.

Yang ramai di sekeliling beliau dalam kunjungannya itu ternampak hanyalah pengawai peribadi dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri saja.

Kenapa jadi begini?

Rasanya tidak perlu dihuraikan satu persatu sebab-sebabnya, Mahiaddin sendiri tentu tahu dan sedar mengapa rakyat kini begitu benci dan meluat kepadanya sehingga menjerit marah kepadanya.

Kalau sampai diperlakukan begini, turun ke bazar ramadan pun dijerit dengan suara-suara kemarahan, bermakna kedudukan beliau di mata rakyat sudah berada di tahap yang parah sebenarnya.

Najib yang kalah PRU14 pun tidak sampai diperlakukan seperti ini sebelumnya.

Dengan petunjuk ini, sebelum kalah dalam PRU nanti, baiklah Mahiaddin letak jawatan saja.

Apabila rakyat sudah marah, ia sudah tiada ubatnya lagi, kecuali pemimpin berkenaan “berambus” dengan segera atau mereka akan “menghumbannya” melalui peti undi.

Sebagai pesanan ikhlas, belum terlambat lagi untuk Mahiaddin mengelakkan dirinya daripada menjadi Najib yang kedua yang dihumban rakyat dalam pilihanraya

Sumber:https://shahbudindotcom.net/2021/04/15/mahiaddin-bakal-jadi-najib-kedua.html