“Mesyuarat last Februari lepas”, ADUN kritik cara kerajaan Kedah tangani pandemik

“Mesyuarat last Februari lepas”, ADUN kritik cara kerajaan Kedah tangani pandemik.

Seorang wakil rakyat PKR mengkritik pentadbiran Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa gagal menangani pandemik Covid-19 dengan cekap sehingga menyebabkan peningkatan kes dalam kalangan komuniti.

Ooi Tze Min (PH-Bakar Arang) turut mempersoalkan kenapa Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) tidak mengadakan mesyuarat dengan kerap.

"Mesyuarat last Februari lepas", ADUN kritik cara kerajaan Kedah tangani pandemik

Ooi Tze Min berkata, kali terakhir beliau dijemput menyertai mesyuarat JKKN dalam talian ialah Februari lalu dan tiada mesyuarat selepas itu, atau mungkin ia tidak membabitkan ADUN pembangkang. (Gambar Bernama)

“Kali terakhir dijemput menyertai mesyuarat dalam talian pada Februari tahun ini, selepas itu tidak ada mesyuarat atau mungkin tidak membabitkan ADUN pembangkang.

“Pejabat Daerah tidak ada mesyuarat di daerah Kuala Muda, termasuk dengan ADUN pembangkang untuk berbincang dan kerajaan negeri seperti tidak serius,” dakwanya ketika membahaskan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang diadakan secara maya hari ini.

Beliau membidas penguatkuasaan SOP yang lemah di Kedah dan tiada tindakan keras diambil terhadap individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

“Kenapa kerajaan dengan adanya MySejahtera tidak ambil tindakan serius kepada pihak yang langgar kuarantin?” soalnya.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam berhubung 523 daftar masuk dalam kalangan pesakit Covid-19 di Kedah yang didapati melanggar kuarantin di rumah mereka minggu lalu, dengan 18% daripadanya pernah ke pasar raya.

Ooi berkata, ia adalah petanda kegagalan pentadbiran kerajaan PAS menangani Covid-19 dengan cekap.

“Walaupun kita pembangkang, kita boleh tolong juga. Ini satu kegagalan kerajaan negeri…kita sama-sama boleh tangani Covid-19.

“Tindakan kerajaan negeri hanya sumbang 200 sahaja oximeter untuk rakyat tidak membantu kerana orang awam dan NGO boleh beri lagi banyak daripada jumlah itu.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/kenapa-jkkn-tak-mesyuarat-kerap-soal-adun-kedah/

BACA JUGA : Kos haji meningkat kerana inflasi dan Covid-19 – Timb Menteri